A blog where I share my stories on the journey towards my happily ever after. *hee-hee*

NOW, you can share your stories with "My Wedding". The proposals, the preps, the good, the bad and everything in between! :D :D :D

Email me at : ann.j1010@gmail.com
Daisypath Anniversary tickers

Thursday 19 November 2009

something for all..

Counting the days before my solemnization ceremony last August (*sigh* it still feels like I'm only married last weekend..), I've gotten into a situation of maximum anxiety. Nervous ada..butterflies ada...itu salah...ini salah.... eeeee..mcm2!! There was even a brief moment when I burst into tears pasal reaaaally stressed out... Believe me, semua itu adalah NORMAL!

Me and Mr.A did find some interesting MUST-DO things before Nikah..and Alhamdulillah, implementing them.. butterflies? nervous? apakan tu?!! Since tomorrow's Friday, I thought I share this with you all~ pyh mencari the files arh my folder ah. I know I have put this one in before... click HERE

My apologies.. ~

Tip menjelang Akad Nikah...

# Sembahyang Hajat malam sebelum upacara akad nikah untuk memastikan kelancaran majlis. Prevention for anything that could go wrong during the function.

# Amalkan
Surah Al-Inshirah (Alam-Nashrah) untuk mengurangkan rasa debaran menjelang detik dinikahkan. Surah itu juga yang diamalkan Nabi Musa ketika berdepan firaun. Not forgetting, "Rabbi Yassir wala Tu 'Assir Ya Kareem..." meaning = Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..

# Bakal pengantin lelaki juga boleh mengamalkan
Surah Toha (Ayat 25 - 28) untuk mengurangkan darah gemuruh. Selesai membaca, bolehlah minum segelas air untuk penenang jiwa. - time2 dalam kereta tu bawa byk bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) and bertakbir (Allahu'akbar)

# Selepas dinikahkan, seeloknya pengantin lelaki menunaikan sembahyang Sunat Syukur dua rakaat sebagai bersyukur kerana berjaya menempuh alam perkahwinan. Selepas itu, sarungkan cincin ke jari isteri.

# Pengantin lelaki juga harus bersalam dengan ibu bapa dan ibu bapa mentua, hadirin dan sahabat handai. Bersalaman adalah tanda kesyukuran dan rasa gembira kerana semuanya sudah sempurna.
My advance congratulations to G228 and YE20 for their Nikah tomorrow. *tabur2 bunga rampai!* Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar and rumahtangga yang dibina kekal bahagia ke akhir hayat... *Amin*

Additional dzikir utk dibaca balik2 sampai caaaaaaaaaaaaalm rasanya~ I use it to relieve stress..applicable to any situation.. I know tani kadang mengusut nda tantu pasal kan? You know, time of the month and all~ So, a good friend of mine taught me this zaman sekolah dlu... thanks babe~

"La Ilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minaz-Zalimeen.."

Meaning : "There is no God but Allah, You are far exalted and above all weaknesses, and I was indeed the wrongdoer.."

For those of yous yang ada additional tips lagi... feel free to click on the 'Comment' Link below. :)

Sunday 8 November 2009

TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

Salam... I've been meaning to post up this entry following the Khutbah entry pasal wedding $$$ few months back and now, baru th terpost~ Anyhoots, this one was recited in 2004... thanks to the Pelita Brunei archives.. :)


13 Muharram 1425/05 Mac 2004

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala apa jua tegahannya, mudah-mudahan dengan jalan sedemikian kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Wahai kaum muslimin,
Keluarga adalah institusi terpenting bagi sesebuah masyarakat, kukuh keluarga maka akan kukuhlah masyarakat, bangsa dan seterusnya kukuhlah perpaduan negara. Setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing yang mesti dipikul dan ditunaikan demi kepentingan dan kemantapan sesebuah keluarga.

Setiap orang mempunyai tanggungjawab mengikut kedudukan, tugas dan peranan masing-masing. Dalam keluarga misalnya, suami adalah ketua rumah yang memainkan peranan penting dan bertanggungjawab memimpin rumahtangga dan mengawal ahli-ahli keluarganya. Manakala isteri pula bertanggungjawab menjaga rumahtangga dengan membantu suami dan bekerjasama dalam usaha mengujudkan rumahtangga yang bahagia berlandaskan ajaran agama Islam.

Namun dalam era dunia global dan moden ini, kita dapati institusi keluarga juga mengikut era tersebut sehingga menimbulkan suasana yang membimbangkan dan tidak aman. Ini jelas apabila terdapat di antara suami tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka sebaliknya mereka sendiri menjadi penyebab kepada kemusnahan keluarga ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Di antara tanggungjawab yang diabaikan itu ialah saperti tidak memberikan nafkah (perbelanjaan ke atas tanggungan mereka), tiada memberikan kasih sayang, tidak memperdulikan kesihatan dan kebajikan isteri dan anak-anak termasuk pendidikan, lebih buruk lagi sehingga sampai ketahap mendera isteri dan anak-anak, mencabul kehormatan anak atau sumbang mahram, bersifat panas baran, mementingkan diri sendiri dan sebagainya. Jika ada salah satu perkara yang disebutkan ini ada pada suami, setentunya rumahtangga tidak akan aman bahkan akan menimbulkan keretakan dan kemusnahan kepada rumah tangga yang dibina.

Dalam struktur sesebuah keluarga, suami berperanan sebagai pemimpin atau ketua dalam keluarganya, menjaga isteri dan anak-anak. Dan suami memikul amanah dan tanggungjawab yang sangat besar dalam mengujudkan kebahagiaan keluarga bukan sahaja di dunia malahan juga di akhirat, kerana suami dikurniakan beberapa kelebihan oleh Allah Subhanahu Wataala sebagaimana firmannya dalam surah An-Nisaa, ayat 34 :-

Tafsirnya :
Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggung jawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Suami adalah bertanggungjawab memberikan nafkah kepada tanggungannya iaitu isteri dan anak-anak. Nafkah yang dimaksudkan ialah menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak saperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan kemudahan-kemudahan yang lain, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam firmannya dalam surah Ath-Thalaaq, ayat 7 :-

Tafsirnya :
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan oleh Allah kepadanya sekadar yang mampu. Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar kemampuan yang diberikan Allah kepadanya. Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya sesusahan.

Berdasarkan perintah Allah Subhanahu Wataala mengenai kewajipan nafkah, suami adalah berdosa jika tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami, kerana suami wajib mencari nafkah untuk tanggungannya. Di samping memberi nafkah itu suatu kewajipan, ia juga boleh memupuk perasaan kasih sayang, kesetiaan dan persefahaman antara suami isteri dan ahli keluarganya, kerana adalah menjadi kesalahan jika suami hanya mengharapkan nafkah daripada isteri.

Wahai kaum muslimin,
Tanggungjawab seorang suami akan bertambah berat lagi jika tanggungannya bertambah seperti mempunyai isteri lebih dari seorang iaitu poligami. Walaupun berpoligami dibolehkan di dalam Islam, tetapi hendaklah memenuhi syarat-syaratnya iaitu berlaku adil dan mempunyai kemampuan.

Oleh itu kaum lelaki janganlah cuba mengambil kesempatan berpoligami dengan hanya bertujuan memuaskan hawa nafsu tanpa meneliti diri dan memikirkan peringatan dari Allah Subhanahu Wataala dari segi kemampuan dan keadilan. Kerana tanggungjawab berpoligami adalah amat berat berbanding jika mempunyai seorang isteri sahaja. Perlu diingat, pengabaian tanggungjawab seorang suami adalah satu kezaliman, penganiayaan, dan berdosa yang akan menerima balasan siksa di akhirat nanti, sepertimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zukhruf, ayat 65 :-

Tafsirnya :
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang- orang yang zalim itu, dari paluan azab siksa yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan.

Perlu juga diingat bahawa pengabaian tanggungjawab boleh memberikan kesan-kesan negatif terhadap rumahtangga yang dibina, di antaranya isteri akan memikul tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh suami dan akan menguruskan segala-galanya secara bersendirian seperti mencari nafkah, menjaga dan mengasuh anak-anak tanpa bantuan suami. Keadaan ini akan lebih parah lagi apabila isteri tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan tiada berpendapatan yang akhirnya mengharapkan belas kasihan orang lain dan tidak terkecuali meminta-minta ehsan orang. Di samping itu anak-anak pula merasa kecewa dan menghadapi tekanan perasaan disebabkan seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperi kemanusiaan, sehingga sanggup melihat anak-anak sendiri menderita dan merana, tiada wang untuk belanja sekolah dan membeli keperluan. Keadaan ini menjejaskan pendidikan mereka, kerana terpaksa berhenti sekolah dan ada di antaranya terlibat dengan gejala sosial yang akan menggelapkan masa hadapan mereka.

Sidang Jumaat sekalian,
Negara Brunei Darussalam dalam usaha menjaga kerukunan hidup berkeluarga rakyatnya, telah memperuntukan undang-undang mengenainya iaitu undang-undang keluarga 1999. Walaupun kita banyak membincangkan tentang tanggung jawab suami, pada isteri juga tidak terkecuali dari mempunyai tanggungjawab yang menjadi amanah kepada mereka. Kerana jika hanya suami yang menunaikan tanggungjawabnya sedangkan isteri tidak, keadaan ini juga tidak kurang akan menimbulkan masalah kepada rumahtangga, kerana kebahagiaan rumahtangga hanya akan dirasai dan dinikmati jika suami isteri saling bersefahaman dan bertolak ansur melaksanakan tanggungjawab dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul secara aman dan mengikut ajaran agama Islam.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ar-Ruum, ayat 21:-

Tafsirnya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan nya dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.


Hope that you all find it knowledgable~ In addition to our Kursus Nikah bah ah~ ;)

Bride
xoxo
Related Posts with Thumbnails

Followers