TEASER??


Hey everyone!
Lets just call me the nervous bride (NB). First of all i would like to thank "Sweetie" for sharing your story. Your story inspired me to share my experience with a photog too. (a bad experience at that!)
Anyways.. I know this photog, through his blog. Mcm famous lah ah orang ani. So, without waiting any further, i emailed him and tell him that i wanted to book him and i even asked if he was available on those dates. He said yes, and then he gave me his personal number. So i contacted him again.. texted him.. but he did not reply. It was only after couple of days that he gave me a reply. So i told him that i wanted to meet him and discuss further. Again, no reply.
I didn't give up, because from his blog, it was obvious he WAS that good and quite popular. I thought to myself, YES! HE IS THE ONE. He should be the one who will take my wedding pictures nanti.
So anyways.. i texted him again, telling him i wanted to meet him, and then he said "ok meet u tomorrow at X time d restaurant Y".
So the next day, i was running a bit late (5 mins only!) so i texted him i was already there, and i was finding a parking spot. So he texted me he said "ITS OK, TAKE YOUR TIME". So, me and my fiance rushed to the restaurant. At a glimpse of him, i knew it was him, he was with his gadgets lah, laptop and all those things spread out on a table. He was talking to a man when we walked in, he acknowledged us, by a simple nod.
So we waited at the next corner of the room, waited.. and waited.. while he was still busy talking to that man. We even had the time to order drinks and drank them. SO yea.. just imagine how long we waited. So after a while, he called us to his table. Before we even sat down, he said " You know that man i was talking too? yea, he already booked your dates."
We looked at him, i was expecting him to 'joke' - but he still looked mcm biasa saja! HE DIDNT EVEN SAY SORRY! mcm what?? at that point, i was just speechless. Dont tell me i just sat there, for almost half an hour fr nothing! RUPANYA he double booked me! We sat down, Tuhan ganya tau prasan kami masa tu. Mcm kana main main kn bah. TAPI yang bari sakit hati, after all that, masih ia show off his pictures, n cakap "I'm a photo journalist, so i take pictures cara bercereta lah" so he showed us and pointed at every pic "ani.. pengantin lelaki be usai diri.. at the same time, pengantin bini kana make up kan...selepas atu, durang ready, sekali ke hall sama sama..something along that line! Mcm apakan? pandai jua kmi meliat gmbar. SO whats the point of u show off? inda jua kami dpt book ia!
SO i said lah.. mcm kenapa ya inda bagitau ada org kn book ia on those dates jua? marah kli ah. He said, ia andang style nya macam atu, sapa dulu bayar ia tah tu. WELLL EXCUSE ME, how am i suppose to know ada org kn book kami punya dates? and how r we supose to know ia kn deposit? how dare he double book me? that is just so selfish of him. He said we can take other new photogs under him (yg balum cukup experience pulang) tapinya, harganya! subahanallah. MAHAL! Inda jua jauh daripada how much he charges. Why should we pay that amount for org yg hardly ada any experience?
We left.. feeling hurt and feeling extremely pissed. Inda pedah kami bejumpa ia. ATLEAST lah ah, have the courtesy to inform us awal. F he told us awal ada org booking, and sapa laju ia dpt, then fine! we will deposit. BUT dont treat us this way.
I have a photog friend. He then told me about c lelaki ani. rupanya he is famous for being like that. KNown to be pemalas, tau shoot saja. Klu ada shooting with other photogs, yg lain usai the light, and pose kn models.. ia tau duduk arah corner, udah photogs lain siap mengusai setting apa, baruth ia bediri and shoot! And yg bari sakit hati, laju laju ia upload those pics arah his blog, kirakan ia punya idea lah.
Also, i met with an old friend of mine, who happened to be his client. I asked how the pictures turn out, and she was sooooo mad! she said, apatu! brapa lama sudah ku kawin, balum siap! and when i texted him up, betelipon apa he said he will only siapkn klu bayar full sudah. bt the thing is she paid more than half! sekiranya harganya 4k, she paid about 3600 sudah! apa jua ganya few hundred dollars?! she wanted to pay him after siap. BUT walaupun ia discuss bisai bisai, kana teriaki pulang oleh c lelaki ani.
Anyways.. just look out lah ah for this photog. and if u read Sweetie's cereta, i cant help but feel we r talking about the same person. That goes to show you how valid our stories are. Bukannya kn downgrade him, watsoever. but just looking out for those brides to be out there. Careful! Just because he is famous, or internationlly known, pernah gmbar artis kah apakah, dont be fooled. We r customers, and we should get the treatment we deserve.
From Nervous Bride aka "NB"
*******************************************

Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)
Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.” -(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.
"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".
"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
ii) Didalam majlis tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.
iii) Didalam majlis itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.
iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.
vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.
vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.
ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan.
Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima 'K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".
KENAL
Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya"
Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.
Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya....Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.
KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak
yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.
KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:-"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang
dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan:-"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,
"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka."
Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"
Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-
"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"
Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.
Tetapi, kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap
kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku.
Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki.
Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....