A blog where I share my stories on the journey towards my happily ever after. *hee-hee*

NOW, you can share your stories with "My Wedding". The proposals, the preps, the good, the bad and everything in between! :D :D :D

Email me at : ann.j1010@gmail.com
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 27 February 2010

tanahairku


Ilahi Selamatkan Brunei Darussalam...

Negaraku, Brunei Darussalam

*Amin*



Simple slogan yet meaningful... let us all make Brunei proud!!
Insya-Allah~

P/S: Found the 'pacar' and something for all regarding using henna. Pls click HERE and HERE . I've gotten all these information from our State Mufti's Office web online. :D Enjoy reading!

Friday, 26 February 2010

Tentang Perkahwinan

Salam Maulidur Rasul S.A.W to all dear readers...

It's the long weekend everyone's been waiting for. Alhamdulillah~ At least after tiring ourselves with the 26th National Day practices and celebration (to some) we can now have a good long weekend rest. I'm pretty sure some of yous are off to somewhere as well~ :D but do not forget, today marks the birthday of our Prophet Muhammad S.A.W (P.B.U.H) and there will be a mass gathering tomorrow at the Taman Sir Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan with a procession to be led by HM's himself. May Allah bless this country and the Sultan *Amin*

Speaking of long weekend hols, I am staying at the in-law this week and the topic about marriage come was raised up during breakfast. Somehow, terlupa plang on how it started (I know.. I know... very the pelupa I am~) but it went something like, tomorrow regardless th Saturday, banyak orang kahwin... even masa National Day haritu.. selagi ada kesempatan atu bah ah? Nda ja? :) Those of you yang Nikah today.. Alhamdulillah, welcome to the CLUB! :) :)

Anyways, sempena Maulidur Rasul S.A.W... let me shar with you lots His very words regarding perkahwinan..

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi S.A.W., tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat. Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak. Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga. Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya: "Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya.

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah S.A.W menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah S.W.T.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi. Di sinilah letaknya realiti seorang wanita.

Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.

Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:" Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah S.A.W: "Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah. Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan persaudaraan Islam. Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak.

Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar. Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal." Rasulullah S.A.W menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah S.A.W bersabda:"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah S.A.W menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil pengurniaan anak yang soleh dan solehah. Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin. Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan.

Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula. Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Zuriat boleh menambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri.

Rasulullah S.A.W, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah SAW ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam. Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis. Walau bagaimanapun, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman." "Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin.
Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah S.W.T pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

*phew* lengthy BUT a very good knowledge for all. Recalling back His Majesty's titah yesterday evening "Let us wear 'sincere clothing' that looks good and pure in the eyes of Allah for our life to be blessed and loved by Al-Khaliq (The Creator) and the people.."

Until the next entry, Bride xoxo~

p/s : dimana membali pacar tube paste ani ah?

Thursday, 18 February 2010

brides...

First of all, I hope it's noot too late to wish our Chinese community.. GONG XI FA CHAI! May this year brings lots and lots more prosperities to all! :)

SO how's everyoone? Still no news from my side as some of you may have read from the chatango above... hehe~ And i've been meaning to post an entry but just dont know where to start. Earlier this week, me and hubby was watching E! and the show was Forbes 20 Most Expensive Wedding... I tell ya, those peeps are kerraaayyzee.. baju dorang saja cost as mush as our expenditures for our wedding... cemana kan tu?? :s Will post those up nanti..

Surfing through the Net today, me found these interesting facts.. be it true or not. Wallahuwa'lam. Something to share with you all. A little infos and education won't hurt kan?

CHINESE BRIDES
Chinese brides opt for red for good luck and joy and details of gold for fortunes and prosperities.


MALAY BRIDES
Any vibrant colours depending on the brides taste and favourites, they may opt to wear different colours for different celebrations throughout their wedding events. <-- but ofcourse time nikah disunatkan memakai warna putih ah~ and no pixies for this one.. I'm sure you all know how us Malay Brides are.. :)

INDIAN BRIDES
Bright yellow and gold is mostly preferred by young Indian brides that symbolizes wealth and blessings to herself, her husband and his families. Yellow and gold too bring out their wedding well­-known for their rich celebrations.

MORROCAN BRIDES
Like Indian Brides, the Moroccan brides choose bright yellow but they mean to ward of evil and green is another of their favourites because it brings good luck and symbolizes greens and plants.

ISREALIS OR JEWISH BRIDES
Jewish brides prefer to wear a white wedding gown to symbolise purity and clarity. Blues represents mystical and spiritual powers. <-- anipun no pixies.. I'm very sure you know how they dress

JAPANESE BRIDES
A lavish white Kimono detail or lined with red symbolises happiness and a new beginning.

SPANISH BRIDES
To represent and display their love and devotion to their husband until death, Spanish brides wears lacy mantillas gown.

KOREAN BRIDES
Lime-green wonsam is worn over the traditional wedding dress, the hanbok. Wonsam is embroided with flowers and butterflies with the colour red representing heaven, indigo for earth and yellow colour for humanity. For respect to the elders and her husband, her hands are covered in white.


Just a little update this time around.. Insya-Allah, will get all the Forbes 20 Most Expensive wedding up soon.. as for now. I hope everyone's having a good day and enjoy your weekend peeps!

Friday, 5 February 2010

Purple / Ungu

A little bit of something to share with everyone... PURPLE

Let's start off with purple bouquet... the ever so famous round tied and hand tied bouquet

something for the guests, chocolates!! Everyone's a chocoholic... :D:D

white invitation card with purple deco? niiiicceeeee~~~~


white blocked pelamins are increasingly popular nowadays.. and this one's decorated with the theme colour.. lawa jua bh ah?

dresses, cake, flower pins and corsages for the families and flowergirls... blinging purple shoe!!
I love the purple dress below, I'm planning to make a dress like that (with sleeves ofcourse) hoping for one of my dear friends to ask me wear this colour for his / her wedding *hehe*



I honestly love the concept colour for this room.. simple curtain, simple deco yet it manage to enhance the comfy-ness of the roomm...

Those of you yg planning to hold receptions @ hotels / halls... u may go for this purple lighting effect... (note to all: the original colour for everything was just white)

An evil trick to all ur guests actually, cos as you walk pass them towards the wedding dais (pelamin) ur baju colour lain and then naik pentas lain tia... but you just have to make sure that ur baju looks gorgeous on both effects.. :D

I wish I could plan someone's wedding ceremony now.. I honestly miss the hecticness. PLUS, I would loooooveee to be crazy and wild with all the themes I could come up with. What say you??
Related Posts with Thumbnails

Followers