A blog where I share my stories on the journey towards my happily ever after. *hee-hee*

NOW, you can share your stories with "My Wedding". The proposals, the preps, the good, the bad and everything in between! :D :D :D

Email me at : ann.j1010@gmail.com
Daisypath Anniversary tickers

Friday 10 April 2009

henna

When reminded by Ka DD on our pre-wed meetings next June, I instantly thought of 'henna' works...

A cousin to a dear friend of mine has got hers' done @ Nail Artz Kiulap, question is... do i want to have it done for me? So I consulted dear fiancé abt it, his response was... "Up to you~" (not helping~) [additional info: henna designs on our skin like floral2 atu, menyerupai org Hindu.. soo errrr... thinking twice on this, need to research abt this] My dear is right on being indecisive, cos definitely lelaki nda jua bepacar time kahwin right? it has been said in our Jabatan Mufti Kerajaan, Jun 1998, Newsletter....

BOLEHKAH LELAKI 'BAPACAR'?

    Sebelum kedatangan Islam, berinai atau 'bapacar' sebenarnya sudahpun wujud. Orang sudah tahu 'bapacar' itu sebagai salah satu cara untuk berhias. Tidak terkecuali juga bagi masyarakat Melayu, mereka menggunakan 'pacar' sebagai salah satu cara berhias. Ini termasuk menjadikannya sebagai salah satu acara di dalam adat perkahwinan orang Melayu, samada bagi pengantin lelaki ataupun pengantin perempuan.

    Bagi perempuan, hukum berinai atau 'bapacar' itu adakalanya sunat, adakalanya makruh, dan bahkan adakalanya haram. Perbezaan hukum ini nampak apabila dirujuk kepada keadaan serta status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak. Selain itu, dirujuk juga kepada tujuan berinai atau bapacar itu.

    Bagaimana pula bagi lelaki, terutama bagi mereka yang menjadi 'raja sehari'? Apakah hukum 'bapacar' bagi pengantin lelaki? Macam mana pula kalau inai atau 'pacar' itu digunakan pada uban atau janggut?

    BERINAI ATAU 'BAPACAR' BAGI LELAKI

    Adapun berinai atau 'bapacar' dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai atau 'bapacar' ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:



    Maksudnya: "Daripada Anas dia berkata: "Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."

    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Za'faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum.

    Dilarang memakai za'faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za'faran dari segi mengeluarkan warna dan bau.

    Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu di dalamnya unsur-unsur menyerupai atau meniru-niru cara kaum wanita berhias. Haram hukumnya perbuatan meniru-niru atau menyerupai antara lelaki dan perempuan sebagaimana ditegaskan di dalam sebuah hadis sahih:


    Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki."

    (Hadis riwayat Bukhari)

    Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai atau 'bapacar' kerana ada keuzuran iaitu keperluan atau hajat untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidaklah dimakruhkan ke atasnya untuk berinai.

    Tersebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud :


    Maksudnya: "Daripada Salma khadam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dia berkata: "Tidak mengadu kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam seseorang tentang sakit di kepala melainkan Baginda menyuruh orang itu supaya berbekam, dan tidak mengadu kepadanya seseorang tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda menyuruhnya supaya berinai."

    (Hadis riwayat Abu Daud)

    Merujuk kepada apa yang berlaku sekarang ini di tengah masyarakat kita, perbuatan berinai atau 'bapacar' bagi lelaki masih wujud walaupun ada di antaranya telah mengetahui tentang hukumnya, khasnya kepada pengantin lelaki pada majlis malam 'bapacar'. Berinai atau 'bapacar' bagi pengantin lelaki hukumnya tetap dilarang. Pengecualian daripada hukum tersebut hanya terbatas kepada keadaan jika ada keuzuran sahaja, iaitu bagi tujuan berubat, sebagaimana disebutkan terdahulu.

    Secara umumnya berinai atau 'bapacar' bagi pengantin lelaki pada tangan dan kaki hanya merupakan adat semata-mata, tidak ada disyariatkan di dalam Islam.

    BERINAI ATAU 'BAPACAR' PADA UBAN ATAU JANGGUT

    Sunat berinai atau 'bapacar' dengan daun inai atau sebagainya pada uban dan janggut, dengan warna merah atau kuning bukan warna hitam. Perkara ini telah disepakati oleh ulama Syafi'e.

    Di antara dalil yang menunjukkan sunat berinai atau 'bapacar' pada uban dan janggut, hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:


    Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya: "Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut dan janggut meraka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka."

    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Sementara itu dalil yang menunjukkan haram berinai atau 'bapacar' dengan warna hitam ialah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:



    Maksudnya: "Daripada Jabir bin Abdullah katanya: "Pada hari penaklukan Mekah di bawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Celuplah (rambut dan janggut) kamu selain dengan warna hitam."

    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Di samping itu ada hadis lain yang menyebutkan akan amaran terhadap orang yang mewarnakan atau berinai dengan warna hitam sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma:


    Maksudnya: "Akan ada satu kumpulan orang berinai dengan warna hitam pada akhir zaman (seperti sekarang) seperti dada burung merpati yang hitam, mereka tidak dapat mencium bau syurga."

    (Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan lain-lain)

    Terdapat pengecualian daripada hukum haram berinai atau 'bapacar' dengan warna hitam itu di mana dibolehkan bagi lelaki berinai atau bapacar uban atau janggut, iaitu pada waktu peperangan supaya kelihatan muda dan perkasa bagi tujuan menggerunkan dan menakutkan musuh.


Au bah, banar2 jua sudah tu buat research ;) Butit's for our own good jua kan? sekadar sharing some infos... so yeah, us ladies, it's OK. :) Men, better nda lah yea...~

But why for us ladies bleh hukumnya, sunat, makruh and haram... it was said depending on a woman's status..

1. Haram - Women dalam Iddah
2. Sunat - Married Women (berlawa2 tuk laki)
3. Makruh - Ladies for tujuan saja2
4. Harus - tujuan perubatan

This Bride2Be is abit sakai learning all this new things... *lol* hoped it's rather informative to all! Catch with me soon yeh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers