A blog where I share my stories on the journey towards my happily ever after. *hee-hee*

NOW, you can share your stories with "My Wedding". The proposals, the preps, the good, the bad and everything in between! :D :D :D

Email me at : ann.j1010@gmail.com
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 5 August 2009

Bersederhanalah Dalam Majlis Perkahwinan

Salam all, something I got from Pelita Brunei Online.. :) Yes, I love getting my infos (especially religious related ones...from our local sites.. it's good to share no?) Anyhoos.. this one was from the 16th March 2009 edition of Pelita Brunei.. remember the khutbah recited in one of the Juma'at prayers? Yep, this is the one... just thought I could refresh some of the wedded-to-bes memories... :) :) Part of which is a guideline I followed for my preps...

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala menjadikan setiap makhluk itu berpasang-pasangan dan ia merupakan antara nikmat anugerah Allah Subhanahu Wata’ala yang sangat besar kepada makhluk-makhluk-Nya. Kita manusia telah dijadikan hidup berpasang-pasangan antara lelaki dengan perempuan dan hubungan kehidupan berpasang-pasangan itu akan dikuatkan lagi melalui ikatan yang sah iaitu pernikahan atau perkahwinan. Perkahwinan adalah Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia mempunyai banyak hikmah, antaranya untuk menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.

Agama Islam mewajibkan akad nikah bagi setiap pasangan yang hendak berkahwin dan tempat yang paling digalakkan mengadakan akad nikah itu ialah di masjid, kerana masjid merupakan tempat yang banyak diturunkan rahmat. Islam juga menganjurkan supaya pernikahan itu dihebahkan dan sunat mengadakan majlis kenduri kahwin atau memberi jamuan kepada jemputan yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis yang diadakan.

Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah disuruh oleh agama, kerana risiko berhutang sangat tinggi, baik di dunia mahupun di akhirat, lebih-lebih lagi jika berhutang itu dengan cara riba.

Namun tidak dinafikan pada masa kini terdapat sebilangan orang yang terpaksa berhutang untuk majlis perkahwinannya kerana tidak mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi, sama ada membuat pinjaman di bank atau meminjam dari kaum keluarga. Namun janganlah hendaknya ia banyak berhutang sehingga menyukarkannya untuk membayar balik hutang tersebut yang akhirnya hanya akan membebankan hidupnya di kemudian hari nanti. Oleh itu sudah sewajarnya majlis perkahwinan yang hendak dibuatnya itu biarlah secara sederhana dan mengikut kemampuannya sahaja, tidak perlu membebankan dirnya dengan memenuhi semua majlis adat istiadat perkahwinan yang diwarisi lebih-lebih lagi sebenarnya majlis yang digalakkan untuk meraikannya hanyalah pada majlis pernikahan itu sahaja.

Di negara kita, telah menjadi adat masyarakat orang Brunei untuk mengadakan majlis bersanding iaitu kedua mempelai akan duduk di atas pelamin untuk dipertontonkan kepada jemputan yang hadir. Bersanding itu hanyalah adat dan bukan syariat, tetapi jika hendak dibuat juga, maka persandingan itu dan ajaran-ajarannya hendaklah tidak melanggar hukum syarak. Oleh itu dalam majlis persandingan, pengantin perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat, manakala bagi pengantin lelaki pula hendaklah tidak memakai perhiasan yang ditegah oleh agama Islam seperti memakai rantai dan gelang lebih-lebih lagi jika ia diperbuat dari emas.

Sebagaimana lazimnya, pihak keluarga pengantin akan menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis kenduri yang diadakan. Dalam hal ini, adalah wajib bagi orang yang telah diundang itu hadir ke majlis tersebut sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari Abdullah ibnu Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila kamu diundang menghadiri walimah (perkahwinan), maka hendaklah kamu datang." (Riwayat Al Imam Al-Bukhari).

Walau bagaimanapun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu, antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan tidak ada jemputan lain yang mendahului jemputan orang yang menjemput itu. Selain dari itu hendaklah di tempat majlis itu tidak ada sesuatu perkara yang mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar, maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

Mengadakan majlis perkahwinan adalah bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan terhadap pasangan yang mendirikan rumah tangga dan majlis kegembiraan ini diraikan bersama-sama kaum kerabat, sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Namun sebagai umat Islam kita hendaklah tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak semasa mengadakan majlis perkahwinan itu. Ini adalah kerana majlis yang diadakan adalah untuk mengharapkan keberkatan dan doa restu dari sanak saudara kita, maka adalah mustahak majlis tersebut tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama seperti mengadakan acara hiburan, nyanyian, muzik dan sebagainya yang mengasyikkan dan melalaikan dari mengingati Allah Subhanahu Wata’ala. Adalah elok majlis tersebut diiringi dengan nyanyian selawat memuji serta mensyukuri Allah Subhanahu Wata’ala dengan pukulan rabana yang mana itu adalah diharuskan di segi syarak.

Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga niat ikhlas dan ketaatan kita dalam mematuhi hukum-hukum syarak akan mendapat ganjaran pahala dan semoga majlis yang diadakan mendapat limpahan berkat dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 49, tafsirnya:

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami."

Sekilas info for all... :) :) :)

With love from me,
Bride... aisey, "Bride" tia saja sudah aaahhh~ hehehehe I Looiiiiiikkkkeeee~~!~!!~!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers